Tuesday, October 28, 2014

Adam n Zoo Negara.


Holla..

Just came back from KL. Attending cousins' wedding. And tercapai la hasrat mama yang sekian lama terpendam. Hehe.

Aku dah lama nak bawa Adam pegi Zoo Negara. Sebab sekarang Adam dok mengenal nama-nama binatang. Punya la mama guna flashcards la, poster la untuk kenalkan Adam dengan animals. Last-last yang paling effective, bagi dia tengok Running Man episod 200 yang dorang buat race dalam safari. huhu.. Terus kenal elephant, zebra, lion, hippo etc.

Kami sampai dalam 10.30, parking hampir penuh. Barely find a place to park the car. Cuti sekolah, visitors agak ramai. Tapi tak la panjang pun beratur untuk beli tiket. Harga untuk adult RM30, kids more than 3 years old RM10. Takde special student price. Untuk tengok panda yang diterbangkan dari China tu, bayaran dikenakan lagi RM20. Huhu, tak berbaloi kot Adam. Nak bayar RM20 untuk tengok panda 2 ekor 10 minit. 

Makanan dan minuman dalam Zoo agak expensive. Air tin dari vending machine RM2.50. Di restaurant dekat area Panda, Icecream yang biasa RM1- RM1.50 jadi RM4.90. tekezutt kite. Makan icecream kat luar la Adam. Mama blanja 5 skali gus. haha.. Nasi ayam plak RM12.90. Kalau anak seorang boleh la, kalau rombongan cik kiah sampai 10-15 orang, kira la sendiri. Dessert RM8 gitu. Di kiosk plak, fishball RM6, sama macam nuget. 

So, pesanannya, make sure anak-anak dah breakfast sebelum ke Zoo dan bawa la roti or biskut untuk alas perut. Hari tu plak tak bawak stroller untuk Adam. Dia plak agak moody sebab tak cukup tido the night before that. So nak berdukung la. Lagi pesanan, boleh la bawak stroller sebab zoo ni agak luas. Kita yang dewasa pun penat jalan. Apatah lagi budak-budak. Bagi mak-mak, pakai kasut yang selesa. Jangan mengada pakai heels ke zoo ye. Ekekeke..

Jam 11 pagi dan 3 petang ada Animal show. Show tu lebih kurang 20-30 minit gitu. Ada persembahan sea lion, burung etc. Kami sempat menonton persembahan jam 11 pagi. Agak crowded, adam berpeluh-peluh. Ramai jugak parents bawak kipas, ada yang manual ada yang guna bateri. Especially kalau bawak babies la.

Map untuk dalam zoo ni perlu dibeli berasingan di kaunter pertanyaan. Harga RM1. Huhu.. Facilities dalam zoo ni bagus. Tapi mungkin toilet di entrance boleh diimprove lagi. Zoo Negara kan bukan stakat attract local tourist.

Semua laluan adalah stroller-friendly. Betul ke terms ni?haha.. Nampak wheelchair pun ada dalam information counter tu. Taktau la kene sewa or boleh pinjam je.

Dah pusing-pusing lebih kurang 3 jam lebih dalam tu, siap berhujan lagi. Maka balik la kami pun. Parkingnye RM7.50.huhu..


Begitulah review untuk aktiviti Adam ke Zoo Negara 2014.

No comments:

Post a Comment