Tuesday, October 28, 2014

It's Croctober. yeayy!!

Anyeong~~
Mood reality show sekarang. Baru ada masa untuk selongkar balik koleksi reality show korea yang dah simpan bertahun-tahun.

Tadi selepas sekolah, terus pecut ke Queensbay. Crocs ade sale uols.muahaha.. tak kisah sangat sales dari brands or products lain. Tapi kalau Crocs memang dinanti-nantikan. Croctober ni hanya untuk bulan Oktober sahaja. So, tinggal beberapa hari je lagi sebelum sales ni tamat pada 31 Oct. First item pada normal price. Then second item, just add RM100. Tak kisah la brape harga kasut yang kedua tu. First item dikira pada kasut yang lebih mahal la.

Aku start pakai crocs ni bermula 2 tahun lepas kot. Memandangkan ketinggian yang tak brape nak cukup inchi ni, so aku lagi suka pakai wedges and heels. Tapi selalu sakit kaki. First time pakai terus jatuh cinta dengan crocs. Bila beli kasut brand lain, berbalik semula pada crocs ni. Sebab tak selesa. Walaupun tengok kasut-kasut lain cantik, tapi bile memikirkan tak selesa dipakai, terus padam niat membeli.

Awal tahun ni walaupun takde sales, beli jugak kasut crocs sebab yang lama dah rosak. Emergency. Hari-hari pakai pun takpe walaupun kasut tinggi. Beli kasut setahun sekali pun takpe asalkan tahan lama dan selesa. Over sangat setahun sekali kan.hehe..

Walaupun jaga exam SPM sampai 2 3 jam kene berdiri pun takpe dengan kasut crocs. Tapi kalau kasut tinggi yang lain, memang balik sakit kaki la. Setakat ni Alhamdulillah boleh berlari kejar Adam lagi dengan kasut ni, dukung adam lagi walaupun kasut tinggi. 

Bak kata Abah, benda lain takpe nak beli murah-murah. Tapi untuk penjagaan gigi, mata dan kaki, mahal pun takpe sebab kita akan guna gigi, penglihatan dan kaki sampai ke tua.
Kasut hari-hari pakai.

Menggantikan kasut hitam lama yang dah rosak.

First time beli crocs yang agak flat. Ada yang lagi flat dari yang ni.sangat comfortable.  

Motif entry ni? Aku google pasal croctober tak jumpa sebelum pergi beli kasut hari ni. Geram. Lalu buat entry sendiri.

No comments:

Post a Comment