Tuesday, October 28, 2014

Adam n Zoo Negara.


Holla..

Just came back from KL. Attending cousins' wedding. And tercapai la hasrat mama yang sekian lama terpendam. Hehe.

Aku dah lama nak bawa Adam pegi Zoo Negara. Sebab sekarang Adam dok mengenal nama-nama binatang. Punya la mama guna flashcards la, poster la untuk kenalkan Adam dengan animals. Last-last yang paling effective, bagi dia tengok Running Man episod 200 yang dorang buat race dalam safari. huhu.. Terus kenal elephant, zebra, lion, hippo etc.

Kami sampai dalam 10.30, parking hampir penuh. Barely find a place to park the car. Cuti sekolah, visitors agak ramai. Tapi tak la panjang pun beratur untuk beli tiket. Harga untuk adult RM30, kids more than 3 years old RM10. Takde special student price. Untuk tengok panda yang diterbangkan dari China tu, bayaran dikenakan lagi RM20. Huhu, tak berbaloi kot Adam. Nak bayar RM20 untuk tengok panda 2 ekor 10 minit. 

Makanan dan minuman dalam Zoo agak expensive. Air tin dari vending machine RM2.50. Di restaurant dekat area Panda, Icecream yang biasa RM1- RM1.50 jadi RM4.90. tekezutt kite. Makan icecream kat luar la Adam. Mama blanja 5 skali gus. haha.. Nasi ayam plak RM12.90. Kalau anak seorang boleh la, kalau rombongan cik kiah sampai 10-15 orang, kira la sendiri. Dessert RM8 gitu. Di kiosk plak, fishball RM6, sama macam nuget. 

So, pesanannya, make sure anak-anak dah breakfast sebelum ke Zoo dan bawa la roti or biskut untuk alas perut. Hari tu plak tak bawak stroller untuk Adam. Dia plak agak moody sebab tak cukup tido the night before that. So nak berdukung la. Lagi pesanan, boleh la bawak stroller sebab zoo ni agak luas. Kita yang dewasa pun penat jalan. Apatah lagi budak-budak. Bagi mak-mak, pakai kasut yang selesa. Jangan mengada pakai heels ke zoo ye. Ekekeke..

Jam 11 pagi dan 3 petang ada Animal show. Show tu lebih kurang 20-30 minit gitu. Ada persembahan sea lion, burung etc. Kami sempat menonton persembahan jam 11 pagi. Agak crowded, adam berpeluh-peluh. Ramai jugak parents bawak kipas, ada yang manual ada yang guna bateri. Especially kalau bawak babies la.

Map untuk dalam zoo ni perlu dibeli berasingan di kaunter pertanyaan. Harga RM1. Huhu.. Facilities dalam zoo ni bagus. Tapi mungkin toilet di entrance boleh diimprove lagi. Zoo Negara kan bukan stakat attract local tourist.

Semua laluan adalah stroller-friendly. Betul ke terms ni?haha.. Nampak wheelchair pun ada dalam information counter tu. Taktau la kene sewa or boleh pinjam je.

Dah pusing-pusing lebih kurang 3 jam lebih dalam tu, siap berhujan lagi. Maka balik la kami pun. Parkingnye RM7.50.huhu..


Begitulah review untuk aktiviti Adam ke Zoo Negara 2014.

It's Croctober. yeayy!!

Anyeong~~
Mood reality show sekarang. Baru ada masa untuk selongkar balik koleksi reality show korea yang dah simpan bertahun-tahun.

Tadi selepas sekolah, terus pecut ke Queensbay. Crocs ade sale uols.muahaha.. tak kisah sangat sales dari brands or products lain. Tapi kalau Crocs memang dinanti-nantikan. Croctober ni hanya untuk bulan Oktober sahaja. So, tinggal beberapa hari je lagi sebelum sales ni tamat pada 31 Oct. First item pada normal price. Then second item, just add RM100. Tak kisah la brape harga kasut yang kedua tu. First item dikira pada kasut yang lebih mahal la.

Aku start pakai crocs ni bermula 2 tahun lepas kot. Memandangkan ketinggian yang tak brape nak cukup inchi ni, so aku lagi suka pakai wedges and heels. Tapi selalu sakit kaki. First time pakai terus jatuh cinta dengan crocs. Bila beli kasut brand lain, berbalik semula pada crocs ni. Sebab tak selesa. Walaupun tengok kasut-kasut lain cantik, tapi bile memikirkan tak selesa dipakai, terus padam niat membeli.

Awal tahun ni walaupun takde sales, beli jugak kasut crocs sebab yang lama dah rosak. Emergency. Hari-hari pakai pun takpe walaupun kasut tinggi. Beli kasut setahun sekali pun takpe asalkan tahan lama dan selesa. Over sangat setahun sekali kan.hehe..

Walaupun jaga exam SPM sampai 2 3 jam kene berdiri pun takpe dengan kasut crocs. Tapi kalau kasut tinggi yang lain, memang balik sakit kaki la. Setakat ni Alhamdulillah boleh berlari kejar Adam lagi dengan kasut ni, dukung adam lagi walaupun kasut tinggi. 

Bak kata Abah, benda lain takpe nak beli murah-murah. Tapi untuk penjagaan gigi, mata dan kaki, mahal pun takpe sebab kita akan guna gigi, penglihatan dan kaki sampai ke tua.
Kasut hari-hari pakai.

Menggantikan kasut hitam lama yang dah rosak.

First time beli crocs yang agak flat. Ada yang lagi flat dari yang ni.sangat comfortable.  

Motif entry ni? Aku google pasal croctober tak jumpa sebelum pergi beli kasut hari ni. Geram. Lalu buat entry sendiri.

Tuesday, October 14, 2014

Taknak further study ke?

Last nite, my best friend since form 4 whatsapp me. Dah lama tak update stories about each other. The she asked me, "taknak sambung study ke?"

Ehh? Entah lah. Tak pernah fikir sedalam-dalamnya pasal hal itu. Then, persoalan itu buat aku sedikit sentap.

"Taknak sambung study ke?"

Chemistry again? Muahaha.. BUT, why not?

Seronok tengok member-member further study.Ada yang single,ada yang husband and wife. Ada yang local, ada yang oversea. And me? Hmm...

Fokus Adam dulu la. Tahun depan Insya-Allah akan start tadika. Adam needs me more than I need that. =)


A visit to CAP.

Pokok cermai di tengah-tengah bandar.
Last saturday we have another school ganti. And dapat pula jemputan dari Consumer Association of Penang(CAP) untuk demonstrasi how to make a bag from used shirts. CAP helps us a lot before.

Bangunan CAP adalah bersebelahan dengan KFC Jalan Masjid Negeri. Banglo 2 tingkat dengan halaman agak luas to dijadikan headquarters CAP. Part yang paling aku suka halamannya ditanam dengan bermacam-macam pokok. Rasa pelik di tengah-tengah bandar tetiba ada feeling kampung.

And for that dorang buka booth jualan. So aku beli jagung organic yang sangat manis and also buah Rozel. Gunanya untuk dibuat minuman.
Pokok rozel



Sunday, October 12, 2014

Akuarium TUnku Abdul Rahman

Here I am.still alive and still kicking.
Dah 2 kali bawa Adam ke Akuarium yang letaknya di Batu Maung. Senang je direction ke sini.Guna Waze laagi senang.hehe.. Actually tempat ini bersebelahan dengan pusat perikanan Batu Maung.

Alkisahnya bos yang minta aku ke sini untuk menghadiri acara perasmian Akuarium Tunku Abdul Rahman ni.
So after that bawak la Adam jalan2 sini.Excited Adam.Kecik je tempatnye. But it's a nice place especially for kids. So tengok la fishes, crabs, gamat Iaut. harga tiket masUk pun just RM5 for adults. kids like adam free je.

Dibuka setiap hari termasuk public holiday kecuali Rabu kalau tak silap. Waktu tengahari kaunter tiket ditutup 12.30 sehingga jam 2.00.
Cubaan tunjuk  'peace'