Tuesday, November 3, 2015

Malam Sehati Sejiwa 2015.

Baru habis 1 projek besar. Organize annual dinner untuk sekolah. Bukan AJK pon tapi member aku saja bagi idea untuk handle projek ni. Well, aku memang suka benda-benda camni.

Kami!!!
Dapat je green light dari kelab guru, terus kami planning the whole team. Dari hal venue, tarikh, harga, negotiate hotel, beli doorgift and lucky draws, game and tentative.

Ditambahkan kegilaan idea kami, aku berdua dengan member ke Ikea untuk habiskan RM1000 for gifts. Wajib habis tak boleh bawak balik balance. Hahaha.. sanggup drive dari penang ke KL. Borong 3 trolley nasib baik muat sumbat masuk dalam kereta.

Geng 3 suku kami yang lain (merujuk kepada AJK photobooth) diberi peluang untuk design and create photobooth for that night.Doorgift kami beli blanket kecik dari IKEA and satu set senduk spatula tu. Prize for game kami beli botol dari IKEA. 
Photobooth kami.. buat sendiri.

Geng 3 suku!! U guys are awesome.
And theme for the dinner is BLACK & WHITE, SILVER & GOLD. Considering for those yang nak goes simple, they can wear black and white. And orang yang nak vogue boleh pakai silver or gold. Or any combination of the colours given.

Nak jadi MC untuk malam tu, serius nervous. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Overall, walaupun 1st time handle event macam tu, sangat berpuas hati. Dan mendapat pujian ramai pihak. And me, dapat grand prize for the lucky draw. Dapat oven sebijik. Alhamdulillah.. *garu kepala nak bake ape nanti*
Hasil tangkapan

Apa perlu dilakukan apabila terlibat dengan kemalangan?

Aku baru lepas accident. Kena langgar dari belakang. Actually bila accident, kita akan blur apa yang patut dilakukan. Kalau ada orang yang boleh guide lagi senang. Tapi aku, sendiri setel la.
source: Google
1.       Turun sahaja dari kereta, tak payah banyak cakap. Terus snap foto kereta yang langgar. Kalau boleh dengan  orang yang langgar ko sekali. Tapi tak payah la sampai tahap ko suruh dia posing tepi kereta dia plak. Paling penting, biar Nampak jelas nombor plat kereta tu.

2.       Snap foto kereta ko plak. Especially part yang kemek tu la.

3.       Then mintak nombor telefon orang yang langgar tu. Yang ni sangat berguna. Kalau rase malas bertekak, boleh bagi nombor dia ni kat polis.

4.       Then baru la boleh bincang. Part ni sangat penting. Boleh menyebabkan kerugian. Silap bincang tak pasal-pasal ko kene tanggung kos repair walaupun orang yang langgar ko dari belakang. Kes aku hari tu, kereta aku kene langgar oleh seorang perempuan. Lesen dia baru 3 bulan. Kereta pun baru 4 bulan koyak plastik. Dia call suami dia then suami dia cakap nak bayar RM50 je. Wakaka.. Aku taknak terima. Bila suami dia datang tengok, dia kata nak bayar RM200 je. Aku tak setuju. Then dia kata aku pergi tanya workshop, bil dia yang bayar. Aku cakap la aku ni mana reti bab-bab workshop. Dia recommend 1 workshop ni. Aku tak sedap hati. Tapi aku ikut jugak. Workshop tu cakap paling kurang RM850. Huhu.. nasib baik aku tak terima RM200 awal-awal.

5.       Waktu bincang, ko akan tengok ramai orang akan masuk campur. Paling senang buat duit time ni adalah agen towing. Kalau ko blur-blur, dorang akan ambil kesempatan. Kereta aku tak la teruk sangat, still boleh jalan. Tak perlu nak towing bagai. Aku awal-awal lagi say NO kat orang towing tu and cakap aku tak perlu towing kereta aku. Huhu..

6.       Paling senang, buat saja la POLICE REPORT. Setel luar balai ke dalam balai, police report penting untuk ko protect diri ko. Dah banyak yang terkena, waktu negotiate setuju nak bayar, dah keluar bil nanti taknak bayar plak. Kes aku, bila aku suarakan nak buat police report, si suami marah-marah. Mana tidaknya, kalau tak lesen isteri akan kena gantung. Dia kata sanggup bayar, bila dah kena RM850 dia pulak call aku dengan suara lemah gemalai suruh aku claim atas insurans dia. Siapa entah marah-marah waktu tepi jalan lepas accident tu?

7.       Police report pihak ko perlu dibuat dalam masa 24 jam. And aku puji balai polis yang aku pergi tu, cekap. Dah siap ada format report lagi ditampal kat dinding, ko salin je. Pastu aku baru masuk jumpa sarjan, katenye gambar bukti kereta aku dah siap diambil. Bagus!!! Masa ni lah pentingnya nombor telefon orang yang langgar ko tu. Polis tu mintak nombor telefon orang tu dan dia sendiri yang call. Tak payah aku susah-susah call. Tapi bila aku mesej orang tu, dia cakap dia dah buat report. Untuk buat report, ko perlu ada IC dan lesen. Common la kan.

8.       Aku accident hari Rabu. Khamis dan Jumaat aku hold dulu. Lagi pun jerebu. Sabtu n Ahad aku assume polis yang berkaitan cuti hujung minggu. Isnin aku ke balai untuk follow-up kes aku, dah boleh dapat salinan report aku, salinan report dia dan keputusan polis yang menunjukkan siapa yang salah. Actually saman dikeluarkan kepada siapa. Sebab yang ni penting untuk ko claim segala kos repair nanti atas insurans orang yang langgar ko nanti.

9.       Aku dah call Honda. Petang nanti bawak kereta untuk dia buat estimation and evaluation. Mengikut kata clerk tadi, after estimation, aku still boleh guna kereta tu sampai la barang yang diorang order untuk repair tu sampai then kereta aku akan masuk bengkel.katanya paling lama seminggu sebelum barang tu sampai. Untuk urusan ni, ko perlukan IC, salinan polisi insurans dan jugak salinan geran kereta.

10.   Actually kalau nak repair bengkel biasa pun boleh. Tapi dah boleh claim insurans, pegi Honda je la.

For now, aku guna je la dulu kereta aku yang kemek tu. Setiap kali tengok yang kemek tu, sakitnya tuh di sini. Huhu..Baru 5 bulan kot aku guna kereta tu. Huwaaa..

new update: After 2 weeks of accident, aku dapat sms dari syarikat insurans saying that claim aku dah approved. tunggu Honda call masuk bengkel once spare parts dah sampai. Aku memang dah sedia maklum memang akan lambat sikit proses ni. 


Tips Menghadapi Kekecewaan

Hahahaha.. apakah? Tapi inilah motif utama blog ini diwujudkan. Ramai sebenarnya di luar sana sedang menghadapi kekecewaan. Ada yang tahu cara untuk menghadapinya, dan ada yang terus dilanda kecewa berterusan. Ini bukan diambil dari majalah. Ini dari pengalaman sendiri.

Beberapa bulan selepas bercerai, ada 2 orang kawan bertanya khabar aku. Seorang bertanya sebab dia dah tahu aku bercerai. Seorang lagi bertanya macam mana untuk bahagia sebab dia baru frust bercinta dan dia tengok status FB aku seolah-olah aku sedang bahagia tanpa tahu aku dah bercerai. Errr, paham tak ni? Layan je la.hehe..

1.       Jangan update status FB meluahkan kekecewaan anda.
Hohoho..ini bahaya. Tak bagus untuk kesihatan. Semua orang yang membaca status kita akan judge kita, padahal dorang tak tahu pun keadaan sebenar.Aaaand, secara tak langsung kita yang bagi peluang orang memfitnah. Dan mungkin ada member kita sampai meluat baca status luahan perasaan kita. Dan fikir sejenak, selalunya status orang kecewa berunsur negative.
source: google
2.       Ambil tempoh untuk bersedih
Tak salah untuk bersedih. Memang normal. Manusia, diciptakan ada hati dan perasaan. Tapi jangan sampai memudaratkan diri. Menangis sekali sekala takpe. Kalau setiap malam, itu parah. By the way, that person doesn’t deserve your precious tears. Don’t be so stupid to waste your tears. Haha..gituu..

3.      Jangan layan drama/ movie/ lagu sedih atau cinta.
No no no no.. pastu mula la sedih sorang-sorang, mengalir air mata. What the.. baik jangan dengar terus benda-benda camni. Lantak la orang dok cakap pasal cite Love You Mr Arrogant ke, Rindu Awak 40% ke, The Fault In Our Stars ke Moon ke. Aku lebih selesa layan ulang tayang kartun Pingu dengan Adam. Pororo pun best jugak.


4.       Sibukkan diri anda.
Ini saaaangat penting. Mengelakkan kita dari mempunyai banyak masa lapang yang diisi dengan bersedih. Huh.. sangat tidak produktif. Sheikh Muzaffar pegi ke angkasa, kita dok termenung atas katil. Kolot.eh, tetibe. So, sibukkan diri anda. Kalau suka aktiviti outdoor, keluar la. Kalau jenis suka dok umah, do something at home. Jaaaangan baca novel cinta. Pastu mula la nak sedih sorang-sorang. Hishhh.. As for me, aku blajar masak. Google recipe, pegi cari barang then balik masak. Makan sorang sampai 3, 4 lauk. Sebab bila aku pikir nak masak, aku totally immersed with it sampai tak pikir dah benda-benda sedih. Then aku start cari information pasal parenting. Main dengan Adam, Lego la plastisin la, puzzle la, colouring. Huh, banyak benda boleh dibuat. Kadang-kadang aku window shopping sorang-sorang. Awal-awal memang it reminds me of life i used to live, then i get used to it. Arkkk, macam pelik je ayat ni. Then aku sibuk google pasal cara nak organize dapur, closets. Pergi beli akuarium bagai. Siap google lagi cari kedai akuarium. Belajar tanam pokok, biar la pokok tu mati after aku pergi bercuti pun. Haha.. tapi adam sempat la belajar siram pokok. Macam-macam perkara boleh buat. Tak semestinya kena berteman. Sorang-sorang pun boleh.

5.       Dekatkan diri dengan Allah
Yang ini super duper penting. Kita tak boleh bergantung pada manusia. Allah yang letak kita dalam situasi ini, dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita lalui ini adalah satu balasan atas kesalahan-kesalahan kita dulu, mungkin juga ujian. Tapi yang pasti banyak pengajaran dan hikmah yang kita dapat. Masa dalam kekecewaan dulu, aku selalu jugak tanya diri sendiri, apa hikmah semua ni. Kenapa aku yang kena lalui semua ni. Kenapa bukan orang lain. Tapi aku tak dapat jawapan untuk semua persoalan tu. Sekarang, aku boleh tersenyum memikirkan hikmah kenapa penceraian terjadi pada aku. Pengalaman dan pengajaran yang takkan mampu dibayar dengan duit. Experience is the best teacher. Jadi, sesiapa yang sedang bersedih, bersabarlah. Hikmah akan muncul bila kita mula faham... bersabarlah? Ko ingat senang nak bersabar? Cakap boleh la. Eh, tetiba emo. Tak laa. Aku pun pernah rasa semua tu. Orang dok cakap sabar sabar sabar. Ingat senang ke nak sabar. Tapi sekarang aku lebih bersabar dari dulu. Kot..haha..Contoh hikmah yang aku dapat, disebabkan masalah yang aku hadapi, aku lebih appreciate parents aku dan siblings aku. Aku lebih matang dengan kehidupan. Yang lain banyak lagi la.

6.    Berfikiran positif
Semua tips pun penting. Yang mane yang tak pentingnye? Hehe..

7.       Be confident
Jaga penampilan anda. Jangan serabai. Owh, cukup la berlalu zaman pergi sekolah dengan mata bengkak menangis malam-malam, baju tidak matching. Tanpa secalit mekap. Sekarang, hampir setiap hari aku dok depan closets, memikirkan baju apa yang nak dipakai esok. Handbag mana, kasut mana, belt kaler ape, nak matching skirt biru dengan baju kaler ape, tudung shawl ke bawal ke pari ke. Shark pun boleh. Taaapi, walau apa pun yang anda pakai, jangan gedik. Jauh beza antara confident dan gedik. Tambahan plak dengan title hot ala-ala CikTa dulu, bukan yang sekarang. Hehe.. jangan serabai sampai orang boleh label anda, patut la serabai camtu, putus cinta rupanya.. bila anda menjaga penampilan anda, anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan harian. Like my mom, bila demam kena pakai baju baru cantik-cantik. Kalau pakai baju buruk, nanti lagi demam. Haha..

8.       Enjoy yourself
       Anda tidak akan happy bila pikir anda bersedih dan orang yang meninggalkan anda tengah berseronok. So why not, u also have fun. Jangan have fun sampa Allah marah dah la, hehe..

9.       No Revenge
       Catatan aku ni adalah setahun selepas penceraian. Lama tersimpan dalam laptop. Hari ni baru aku publish setelah menghampiri 2 tahun penceraian. Aku tak pernah ambil any action untuk revenge. And slowly Allah tunjuk balasan pada orang-orang yang terlibat. Moral of the story, tak perlu revenge. Kalau rasa tak puas hati, ingat la Allah Maha Adil.

10.   Count your blessings
Tuhan amik 1 benda je dari anda. Bukan seluruh kehidupan anda. Cuba piker betapa banyak nikmat yang anda ada. Tangan ada? Kaki ada? Mulut ada? Boleh bernafas lagi kan? Hehe..

11.   Letakkan matlamat hidup
Jangan terus hilang matlamat hidup hanya kerana anda hilang pasangan. Hiduplah kerana Allah, ibu bapa dan jugak diri sendiri.

12.   Bina karier/ focus pelajaran anda.
Yang ini akan bantu anda terus hidup.

13.   Luahkan masalah anda pada orang yang sepatutnya
Hmm.. yang ni agak sukar. Aku tahu. Kadang-kadang bila dah lost, kita tak tahu tempat mengadu. Cuma dalam mengadu tu, carilah orang yang betul-betul boleh dipercayai. Jangan apa yang kita mengadu tu dijadikan bahan untuk kenakan kita balik.

14.   Luaskan pergaulan anda
Aku seorang yang extrovert. At first, bila divorce berlaku, aku rasa rendah diri. Bila baca status FB kawan-kawan yang sedang bahagia, lagi buat aku rasa taknak berkawan. But then, sampai bila? And adakah status aku menentukan circle of friends aku? So, aku setup whatsapp group member-member lama. Rasa lagi happening. Tapi aku taktau macam mana penerimaan dorang pasal status aku. Sampai la satu masa aku betul-betul bersedia, aku bagitau dorang. And surprisingly, they accept it very well. Not being so judgemental. They knew me before this thing happened. And i really appreciate most when they support me with motivating words. Starting from there, i felt more confident to open up this matter.

15.   Catatkan perkara menarik yang berlaku pada anda.
That’s why i have this blog =) Bak kate bestfriend aku, kita memang jiwa blogging. Bila takde blog, rasa macam something missing. Tak semestinya orang baca blog kita, tapi kita sendiri akan baca catatan terdahulu kita. Biasanya orang yang suka tulis diari la camni.hehe..

16.   Saving!
Dengan adanya saving, anda boleh plan apa sahaja dalam hidup anda. But, NO MONEY, NO TALK.

17.   Family comes first
Support paling kuat.

18.   Lantak la ape orang kate!!
Haha.. penat dorang cakap nanti, dorang berhenti la tu.