Tuesday, November 3, 2015

Tips Menghadapi Kekecewaan

Hahahaha.. apakah? Tapi inilah motif utama blog ini diwujudkan. Ramai sebenarnya di luar sana sedang menghadapi kekecewaan. Ada yang tahu cara untuk menghadapinya, dan ada yang terus dilanda kecewa berterusan. Ini bukan diambil dari majalah. Ini dari pengalaman sendiri.

Beberapa bulan selepas bercerai, ada 2 orang kawan bertanya khabar aku. Seorang bertanya sebab dia dah tahu aku bercerai. Seorang lagi bertanya macam mana untuk bahagia sebab dia baru frust bercinta dan dia tengok status FB aku seolah-olah aku sedang bahagia tanpa tahu aku dah bercerai. Errr, paham tak ni? Layan je la.hehe..

1.       Jangan update status FB meluahkan kekecewaan anda.
Hohoho..ini bahaya. Tak bagus untuk kesihatan. Semua orang yang membaca status kita akan judge kita, padahal dorang tak tahu pun keadaan sebenar.Aaaand, secara tak langsung kita yang bagi peluang orang memfitnah. Dan mungkin ada member kita sampai meluat baca status luahan perasaan kita. Dan fikir sejenak, selalunya status orang kecewa berunsur negative.
source: google
2.       Ambil tempoh untuk bersedih
Tak salah untuk bersedih. Memang normal. Manusia, diciptakan ada hati dan perasaan. Tapi jangan sampai memudaratkan diri. Menangis sekali sekala takpe. Kalau setiap malam, itu parah. By the way, that person doesn’t deserve your precious tears. Don’t be so stupid to waste your tears. Haha..gituu..

3.      Jangan layan drama/ movie/ lagu sedih atau cinta.
No no no no.. pastu mula la sedih sorang-sorang, mengalir air mata. What the.. baik jangan dengar terus benda-benda camni. Lantak la orang dok cakap pasal cite Love You Mr Arrogant ke, Rindu Awak 40% ke, The Fault In Our Stars ke Moon ke. Aku lebih selesa layan ulang tayang kartun Pingu dengan Adam. Pororo pun best jugak.


4.       Sibukkan diri anda.
Ini saaaangat penting. Mengelakkan kita dari mempunyai banyak masa lapang yang diisi dengan bersedih. Huh.. sangat tidak produktif. Sheikh Muzaffar pegi ke angkasa, kita dok termenung atas katil. Kolot.eh, tetibe. So, sibukkan diri anda. Kalau suka aktiviti outdoor, keluar la. Kalau jenis suka dok umah, do something at home. Jaaaangan baca novel cinta. Pastu mula la nak sedih sorang-sorang. Hishhh.. As for me, aku blajar masak. Google recipe, pegi cari barang then balik masak. Makan sorang sampai 3, 4 lauk. Sebab bila aku pikir nak masak, aku totally immersed with it sampai tak pikir dah benda-benda sedih. Then aku start cari information pasal parenting. Main dengan Adam, Lego la plastisin la, puzzle la, colouring. Huh, banyak benda boleh dibuat. Kadang-kadang aku window shopping sorang-sorang. Awal-awal memang it reminds me of life i used to live, then i get used to it. Arkkk, macam pelik je ayat ni. Then aku sibuk google pasal cara nak organize dapur, closets. Pergi beli akuarium bagai. Siap google lagi cari kedai akuarium. Belajar tanam pokok, biar la pokok tu mati after aku pergi bercuti pun. Haha.. tapi adam sempat la belajar siram pokok. Macam-macam perkara boleh buat. Tak semestinya kena berteman. Sorang-sorang pun boleh.

5.       Dekatkan diri dengan Allah
Yang ini super duper penting. Kita tak boleh bergantung pada manusia. Allah yang letak kita dalam situasi ini, dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita lalui ini adalah satu balasan atas kesalahan-kesalahan kita dulu, mungkin juga ujian. Tapi yang pasti banyak pengajaran dan hikmah yang kita dapat. Masa dalam kekecewaan dulu, aku selalu jugak tanya diri sendiri, apa hikmah semua ni. Kenapa aku yang kena lalui semua ni. Kenapa bukan orang lain. Tapi aku tak dapat jawapan untuk semua persoalan tu. Sekarang, aku boleh tersenyum memikirkan hikmah kenapa penceraian terjadi pada aku. Pengalaman dan pengajaran yang takkan mampu dibayar dengan duit. Experience is the best teacher. Jadi, sesiapa yang sedang bersedih, bersabarlah. Hikmah akan muncul bila kita mula faham... bersabarlah? Ko ingat senang nak bersabar? Cakap boleh la. Eh, tetiba emo. Tak laa. Aku pun pernah rasa semua tu. Orang dok cakap sabar sabar sabar. Ingat senang ke nak sabar. Tapi sekarang aku lebih bersabar dari dulu. Kot..haha..Contoh hikmah yang aku dapat, disebabkan masalah yang aku hadapi, aku lebih appreciate parents aku dan siblings aku. Aku lebih matang dengan kehidupan. Yang lain banyak lagi la.

6.    Berfikiran positif
Semua tips pun penting. Yang mane yang tak pentingnye? Hehe..

7.       Be confident
Jaga penampilan anda. Jangan serabai. Owh, cukup la berlalu zaman pergi sekolah dengan mata bengkak menangis malam-malam, baju tidak matching. Tanpa secalit mekap. Sekarang, hampir setiap hari aku dok depan closets, memikirkan baju apa yang nak dipakai esok. Handbag mana, kasut mana, belt kaler ape, nak matching skirt biru dengan baju kaler ape, tudung shawl ke bawal ke pari ke. Shark pun boleh. Taaapi, walau apa pun yang anda pakai, jangan gedik. Jauh beza antara confident dan gedik. Tambahan plak dengan title hot ala-ala CikTa dulu, bukan yang sekarang. Hehe.. jangan serabai sampai orang boleh label anda, patut la serabai camtu, putus cinta rupanya.. bila anda menjaga penampilan anda, anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan harian. Like my mom, bila demam kena pakai baju baru cantik-cantik. Kalau pakai baju buruk, nanti lagi demam. Haha..

8.       Enjoy yourself
       Anda tidak akan happy bila pikir anda bersedih dan orang yang meninggalkan anda tengah berseronok. So why not, u also have fun. Jangan have fun sampa Allah marah dah la, hehe..

9.       No Revenge
       Catatan aku ni adalah setahun selepas penceraian. Lama tersimpan dalam laptop. Hari ni baru aku publish setelah menghampiri 2 tahun penceraian. Aku tak pernah ambil any action untuk revenge. And slowly Allah tunjuk balasan pada orang-orang yang terlibat. Moral of the story, tak perlu revenge. Kalau rasa tak puas hati, ingat la Allah Maha Adil.

10.   Count your blessings
Tuhan amik 1 benda je dari anda. Bukan seluruh kehidupan anda. Cuba piker betapa banyak nikmat yang anda ada. Tangan ada? Kaki ada? Mulut ada? Boleh bernafas lagi kan? Hehe..

11.   Letakkan matlamat hidup
Jangan terus hilang matlamat hidup hanya kerana anda hilang pasangan. Hiduplah kerana Allah, ibu bapa dan jugak diri sendiri.

12.   Bina karier/ focus pelajaran anda.
Yang ini akan bantu anda terus hidup.

13.   Luahkan masalah anda pada orang yang sepatutnya
Hmm.. yang ni agak sukar. Aku tahu. Kadang-kadang bila dah lost, kita tak tahu tempat mengadu. Cuma dalam mengadu tu, carilah orang yang betul-betul boleh dipercayai. Jangan apa yang kita mengadu tu dijadikan bahan untuk kenakan kita balik.

14.   Luaskan pergaulan anda
Aku seorang yang extrovert. At first, bila divorce berlaku, aku rasa rendah diri. Bila baca status FB kawan-kawan yang sedang bahagia, lagi buat aku rasa taknak berkawan. But then, sampai bila? And adakah status aku menentukan circle of friends aku? So, aku setup whatsapp group member-member lama. Rasa lagi happening. Tapi aku taktau macam mana penerimaan dorang pasal status aku. Sampai la satu masa aku betul-betul bersedia, aku bagitau dorang. And surprisingly, they accept it very well. Not being so judgemental. They knew me before this thing happened. And i really appreciate most when they support me with motivating words. Starting from there, i felt more confident to open up this matter.

15.   Catatkan perkara menarik yang berlaku pada anda.
That’s why i have this blog =) Bak kate bestfriend aku, kita memang jiwa blogging. Bila takde blog, rasa macam something missing. Tak semestinya orang baca blog kita, tapi kita sendiri akan baca catatan terdahulu kita. Biasanya orang yang suka tulis diari la camni.hehe..

16.   Saving!
Dengan adanya saving, anda boleh plan apa sahaja dalam hidup anda. But, NO MONEY, NO TALK.

17.   Family comes first
Support paling kuat.

18.   Lantak la ape orang kate!!
Haha.. penat dorang cakap nanti, dorang berhenti la tu.

No comments:

Post a Comment