Aku baru lepas accident. Kena langgar dari belakang.
Actually bila accident, kita akan blur apa yang patut dilakukan. Kalau ada
orang yang boleh guide lagi senang. Tapi aku, sendiri setel la.
source: Google |
1.
Turun sahaja dari kereta, tak payah banyak
cakap. Terus snap foto kereta yang langgar. Kalau boleh dengan orang yang langgar ko sekali. Tapi tak payah
la sampai tahap ko suruh dia posing tepi kereta dia plak. Paling penting, biar
Nampak jelas nombor plat kereta tu.
2.
Snap foto kereta ko plak. Especially part yang
kemek tu la.
3.
Then mintak nombor telefon orang yang langgar
tu. Yang ni sangat berguna. Kalau rase malas bertekak, boleh bagi nombor dia ni
kat polis.
4.
Then baru la boleh bincang. Part ni sangat
penting. Boleh menyebabkan kerugian. Silap bincang tak pasal-pasal ko kene
tanggung kos repair walaupun orang yang langgar ko dari belakang. Kes aku hari
tu, kereta aku kene langgar oleh seorang perempuan. Lesen dia baru 3 bulan.
Kereta pun baru 4 bulan koyak plastik. Dia call suami dia then suami dia cakap
nak bayar RM50 je. Wakaka.. Aku taknak terima. Bila suami dia datang tengok,
dia kata nak bayar RM200 je. Aku tak setuju. Then dia kata aku pergi tanya
workshop, bil dia yang bayar. Aku cakap la aku ni mana reti bab-bab workshop.
Dia recommend 1 workshop ni. Aku tak sedap hati. Tapi aku ikut jugak. Workshop
tu cakap paling kurang RM850. Huhu.. nasib baik aku tak terima RM200 awal-awal.
5.
Waktu bincang, ko akan tengok ramai orang akan
masuk campur. Paling senang buat duit time ni adalah agen towing. Kalau ko
blur-blur, dorang akan ambil kesempatan. Kereta aku tak la teruk sangat, still
boleh jalan. Tak perlu nak towing bagai. Aku awal-awal lagi say NO kat orang
towing tu and cakap aku tak perlu towing kereta aku. Huhu..
6.
Paling senang, buat saja la POLICE REPORT. Setel
luar balai ke dalam balai, police report penting untuk ko protect diri ko. Dah
banyak yang terkena, waktu negotiate setuju nak bayar, dah keluar bil nanti
taknak bayar plak. Kes aku, bila aku suarakan nak buat police report, si suami
marah-marah. Mana tidaknya, kalau tak lesen isteri akan kena gantung. Dia kata
sanggup bayar, bila dah kena RM850 dia pulak call aku dengan suara lemah
gemalai suruh aku claim atas insurans dia. Siapa entah marah-marah waktu tepi
jalan lepas accident tu?
7.
Police report pihak ko perlu dibuat dalam masa
24 jam. And aku puji balai polis yang aku pergi tu, cekap. Dah siap ada format
report lagi ditampal kat dinding, ko salin je. Pastu aku baru masuk jumpa
sarjan, katenye gambar bukti kereta aku dah siap diambil. Bagus!!! Masa ni lah
pentingnya nombor telefon orang yang langgar ko tu. Polis tu mintak nombor
telefon orang tu dan dia sendiri yang call. Tak payah aku susah-susah call.
Tapi bila aku mesej orang tu, dia cakap dia dah buat report. Untuk buat report,
ko perlu ada IC dan lesen. Common la kan.
8.
Aku accident hari Rabu. Khamis dan Jumaat aku
hold dulu. Lagi pun jerebu. Sabtu n Ahad aku assume polis yang berkaitan cuti
hujung minggu. Isnin aku ke balai untuk follow-up kes aku, dah boleh dapat
salinan report aku, salinan report dia dan keputusan polis yang menunjukkan
siapa yang salah. Actually saman dikeluarkan kepada siapa. Sebab yang ni
penting untuk ko claim segala kos repair nanti atas insurans orang yang langgar
ko nanti.
9.
Aku dah call Honda. Petang nanti bawak kereta
untuk dia buat estimation and evaluation. Mengikut kata clerk tadi, after
estimation, aku still boleh guna kereta tu sampai la barang yang diorang order
untuk repair tu sampai then kereta aku akan masuk bengkel.katanya paling lama
seminggu sebelum barang tu sampai. Untuk urusan ni, ko perlukan IC, salinan
polisi insurans dan jugak salinan geran kereta.
10.
Actually kalau nak repair bengkel biasa pun
boleh. Tapi dah boleh claim insurans, pegi Honda je la.
For now, aku guna je la dulu kereta aku yang kemek tu.
Setiap kali tengok yang kemek tu, sakitnya tuh di sini. Huhu..Baru 5 bulan kot
aku guna kereta tu. Huwaaa..
new update: After 2 weeks of accident, aku dapat sms dari syarikat insurans saying that claim aku dah approved. tunggu Honda call masuk bengkel once spare parts dah sampai. Aku memang dah sedia maklum memang akan lambat sikit proses ni.
No comments:
Post a Comment