Anyeong~~
Mood reality show sekarang. Baru ada masa untuk selongkar
balik koleksi reality show korea yang dah simpan bertahun-tahun.
Tadi selepas sekolah, terus pecut ke Queensbay. Crocs ade
sale uols.muahaha.. tak kisah sangat sales dari brands or products lain. Tapi
kalau Crocs memang dinanti-nantikan. Croctober ni hanya untuk bulan Oktober
sahaja. So, tinggal beberapa hari je lagi sebelum sales ni tamat pada 31 Oct.
First item pada normal price. Then second item, just add RM100. Tak kisah la
brape harga kasut yang kedua tu. First item dikira pada kasut yang lebih mahal
la.
Aku start pakai crocs ni bermula 2 tahun lepas kot. Memandangkan
ketinggian yang tak brape nak cukup inchi ni, so aku lagi suka pakai wedges and
heels. Tapi selalu sakit kaki. First time pakai terus jatuh cinta dengan crocs.
Bila beli kasut brand lain, berbalik semula pada crocs ni. Sebab tak selesa. Walaupun
tengok kasut-kasut lain cantik, tapi bile memikirkan tak selesa dipakai, terus
padam niat membeli.
Awal tahun ni walaupun takde sales, beli jugak kasut crocs
sebab yang lama dah rosak. Emergency. Hari-hari pakai pun takpe walaupun kasut
tinggi. Beli kasut setahun sekali pun takpe asalkan tahan lama dan selesa. Over
sangat setahun sekali kan.hehe..
Walaupun jaga exam SPM sampai 2 3 jam kene berdiri pun takpe
dengan kasut crocs. Tapi kalau kasut tinggi yang lain, memang balik sakit kaki la. Setakat ni Alhamdulillah boleh berlari kejar Adam lagi dengan kasut
ni, dukung adam lagi walaupun kasut tinggi.
Bak kata Abah, benda lain takpe nak beli murah-murah. Tapi untuk
penjagaan gigi, mata dan kaki, mahal pun takpe sebab kita akan guna gigi,
penglihatan dan kaki sampai ke tua.
Kasut hari-hari pakai. |
Menggantikan kasut hitam lama yang dah rosak. |
First time beli crocs yang agak flat. Ada yang lagi flat dari yang ni.sangat comfortable. |
Motif entry ni? Aku google pasal croctober tak jumpa sebelum
pergi beli kasut hari ni. Geram. Lalu buat entry sendiri.
No comments:
Post a Comment